Saturday, 16 March 2013

Ulang tahun Kelahiran ke-23 Tahun .. ( ^ __ ^ )





Ulang tahun Kelahiran ke-23 Tahun .. ( ^ __ ^ )



Assalamualaikum wbt ..

Jutaan terima kasih kepada seluruh sahabat-sahabat  atas Ucapan “ Hari Lahir “ yang kunjung tiba . Hebatnya manusia dia mampu menahan gunung daripada runtuh, dia mampu menahan objek paling laju  di dunia, dia mampu menahan diri  dari panasnya matahari, akan  tetapi manusia tidak akan mampu menahan masa itu berlalu walaupun seminit mahupun sedetik  . Saya juga tidak mampu menyekat umur saya yang meningkat  dek kerana berlalunya masa . Hebat bukan ? kuasa Allah swt Yang Maha kuasa   menciptakan kita terikat dengan masa yang ditentukanNya.

Pejam celik sudah 23 tahun  saya berada  di dunia ini, pelbagai mehnah tribulasi telah dilalui. Ada kalanya kecewa, sedih, gembira , marah, tenang, kelam kabut  dan pelbagai lagi ragam dalam hidup ini telah ditempuhi . Bahkan  pelbagai pengalaman telah jua telah dilalui, semuanya hanyalah tarbiah dari Allah swt untuk mematangkan diri selaku hambaNya . Ianya  telah berlalu dan saya tidak mampu mengubahnya lagi . Perumpamaannya; kita mampu menggunakan ‘remote control’ seperti ‘rewind-forward-skip’ ketika menonton filem, tetapi kita tidak mampu mengubah jalan ceritanya, segalanya sudah ditentukan.  Segala bentuk ujian ini alhamdulillah sanggup dilalui selari dengan firman Allah swt

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” Al-Baqarah [2] : 286

Dalam kesempatan ini , saya ingin memohon maaf atas segala salah silap yang lalu , dan saya minta jika ada saya terhutang dengan siapa-siapa , tolong khabarkan kepada saya  . kemungkinan saya telah  lupa . Akhir kata ,  Alhamdulillah beberapa misi  hidup  telah dicipta untuk menghadapi masa akan tiba .  Misi  hidup saya adalah untuk menjadi :

 [1]. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, iaitu bukan munafik, syirik dan kafir.

[2]. Orang yang beramal soleh serta berakhlak mulia.

[3]. Orang yang menasihati dengan kebenaran dan memberi contoh tauladan yang baik melalui dirinya.

[4]. Orang yang bersabar dan menasihati orang lain supaya bersabar dan tidak putus asa dalam mencari keredhaan Allah yang Maha Agung.

 [5]. Orang yang mengembara di seluruh benua dalam jangkaan  10-15 tahun .

Moga saya komited dalam melaksanakan beberapa Misi hidup saya .
Terima Kasih Semua sahabat-sahabat  .  ( ^ _______ ^ ). Sungguh saya sayang anda semua kerana Allah  swt .

Thursday, 21 February 2013

PMUKM bertukar MPP UKM ?????





Salam...



Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah ditubuhkan pada tahun 1970  dan telah 43 tahun sebati di UKM ini. Tiba-tiba hari ini dikhabarkan PMUKM tiada dalam perlembagaan. Mereka yang tidak bertanggungjawab menukar nama PMUKM kpd MPP UKM, lantas mereka mencabut papan nama PMUKM yang sudah berpuluh tahun di pejabat PMUKM , dan juga tanpa segan silu mengoyakkan "sticker logo PMUKM di pintu masuk PMUKM . Apa natijahnya apabila nama PMUKM ditukar kepada MPP ?


Menghilangkan keizzahan  PMUKM .

1) Kita ambil contoh , Hal Ehwal Pelajar , semua mahasiswa sedia maklum peranan dan nama HEP yang bertanggungjawab atas sebarang urusan dan permasalahan pelajar . Jika ditukar kepada Jawankuasa Kebajikan Pelajar ( JKP ), tidakkah kita merasai kekurangan dan kejanggalan serta menghilangkan  “keizzahan” nama yang sekian lama sebati dengan pelajar . Sama juga dengan PMUKM yang sudah sebati dengan semua mahasiswa , mereka merupakan Badan Induk persatuan pelajar, secara tiba-tiba diubah menjadi Majlis Perwakilan Pelajar , MPP UKM . Nama yang mengurangkan keizzahan PMUKM .


Strategi terkutuk pihak tertentu .

2) " Rebranding "  Nama Jaksa ( Jawatankuasa Kebajikan Pelajar )  yang ditukar kepada nama MEP  (Majlis Eksekutif Pelajar ) , dan penukaran PMUKM kepada MPP , saya kira ini adalah strategi pihak tertentu untuk meratakan "overview" pelajar kepada kedua-dua badan pelajar ini . Strategi terkutuk pihak-pihak tertentu untuk merendahkan taraf PMUKM selaku badan Persatuan Utama pelajar . Dengan penubuhan MEP menggantikan JAKSA sudah tentu mengizzahkan nama Jaksa di kolej berbanding di persatuan Induk dan persatuan di fakulti . Bukan saya merendahkan kemampuan Jaksa , Ini Cuma perbandingan dan strategi pihak tertentu bagi merendahkan kuasa PMUKM sesi kali ini .


Hilangnya sebuah legacy.

3) Kesinambungan "Legacy" PMUKM yang terhapus mulai tahun ini , sungguh sangat merugikan dan mengecewakan di peringkat pelajar apabila legacy kepimpinan PMUKM sudah terhenti . Tahun ini PMUKM legacy yang ke 43 , sekian lama PMUKM dengan pelbagai mehnah dan tribulasi berhempas pulas membawa nama PMUKM di persada tanah air , hari ini dinafikan dan diberi nama yang lain pula tanpa disokong oleh barisan PMUKM sendiri , malah nama Presiden PMUKM juga sudah ditarik sedangkan diperingkat PMUKM mereka masih berpegang pada istilah Presiden . Dan  memang selayaknya  badan induk pelajar, ketuanya diberi gelaran Presiden pelajar . Selain itu , Kesinambungan Presiden juga akan terhenti. Jika ingin mengubahnya sekalipun , sudah tentu dengan keizinan PMUKM sendiri , Mahasiswa bukan budak sekolah rendah , mereka mampu berhujjah jika mereka mempertahankan sesuatu . Entah apa motif pihak pentadbiran memperlakukan sebegini rupa kepada pimpinan pelajar. 


Mengurangkan Pengaruh GMUKM.

4) Menghilangkan "supporters " GMUKM yang menang PRK pada tahun lepas , apabila penukaran nama kepimpinan pelajar PMUKM yang mereka support secara drastik dan mengejut dari PMUKM kepada  MPP, menyebabkan dokongan dan sokongan  kepimpinan pelajar oleh penyokong  GMUKM hilang sedikit demi sedikit.,  Kebanyakan mahasiswa yang menyokong GMUKM , mereka berpegang kepada PMUKM yang dimenangi GMUKM sesi kali ini , lantas apabila ditukar  PMUKM kepada  MPP berkemungkinan akan menatijahkan kemerosotan sokongan mereka kepada PMUKM .


Menimbulkan kecelaruan dikalangan pelajar .

5) Selain itu , Nama PMUKM yang sudah sebati dengan pelajar , apabila ditukar secara drastik oleh pentadbiran tanpa kesedaran oleh mahasiwa sendiri akan menimbulkan kecelaruan di peringkat mahasiswa . Manakan tidaknya, di peringkat MPP pun menimbulkan kecelaruan antara MPP sendiri ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tidak setuju atas penukaran nama PMUKM ini, Inikan pula mahasiswa biasa . Selain itu , kebiasaan mahasiswa tidak memikirkan perkara yang menimbulkan kecelaruan kepada mereka , lantas apabila hal penukaran PMUKM kepada MPP ini gagal diterjemahkan akan menimbulkan risiko besar mahasiswa sudah tidak peduli akan kepimpinan PMUKM. Selain itu juga , apabila perwakilan pelajar bergaduh soal nama, sedangkan yang patut diperbahaskan adalah apa sumbangan mereka kepada pelajar.Mahasiswa akan mula muak dengan PMUKM.


Strategi Menghilangkan Fokus PMUKM 

6) Pandangan terakhir saya, peralihan nama ini bertujuan mengalihkan Fokus PMUKM untuk melaksanakan tanggungjawab mereka selaku pimpinan pelajar. Mana tidaknya apabila barisan kepimpinan sibuk untuk mempertahankan nama PMUKM, sedangkan pentadbiran UKM ingin mengubahnya , menatijahkan sesi pemerintahan mereka berlalu dengan sia-sia. Mereka akan menghabiskan masa dengan isu ini , dan ini akan menguntungkan pihak tertentu untuk berkempen pada PRK akan datang bahawa PMUKM sesi kali ini tidak buat apa-apa untuk pelajar UKM .


Cukup sekadar itu , pandangan pertama saya terhadap peralihan nama oleh pentadbiran UKM  dari PMUKM kepada MPP UKM. Saya kira soal nama , adalah perkara yang sangat penting, kalau kita lihat satu kisah teka-teki dalam salah satu cerita P.Ramlee, nama Hang Tuah yang sangat gah , bila ditukar menjadi hang buah , lantas menatijahkan kejatuhan keizzahan Hang Tuah. Begitu juga dengan nama sesebuah persatuan pelajar , adalah  sangat penting bagi mereka untuk memilih nama terhebat yang mampu diberikan , dan sangat sedih di peringkat saya apabila nama kepimpinan saya diubah sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Wallahualam .. sekadar pandangan.