Ulang tahun Kelahiran ke-23 Tahun .. ( ^ __ ^ )
Assalamualaikum wbt ..
Jutaan terima kasih kepada seluruh sahabat-sahabat atas Ucapan “ Hari Lahir “ yang kunjung tiba . Hebatnya manusia dia mampu menahan gunung daripada runtuh, dia mampu menahan objek paling laju di dunia, dia mampu menahan diri dari panasnya matahari, akan tetapi manusia tidak akan mampu menahan masa itu berlalu walaupun seminit mahupun sedetik . Saya juga tidak mampu menyekat umur saya yang meningkat dek kerana berlalunya masa . Hebat bukan ? kuasa Allah swt Yang Maha kuasa menciptakan kita terikat dengan masa yang ditentukanNya.
Pejam celik sudah 23 tahun saya berada di dunia ini, pelbagai mehnah tribulasi telah dilalui. Ada kalanya kecewa, sedih, gembira , marah, tenang, kelam kabut dan pelbagai lagi ragam dalam hidup ini telah ditempuhi . Bahkan pelbagai pengalaman telah jua telah dilalui, semuanya hanyalah tarbiah dari Allah swt untuk mematangkan diri selaku hambaNya . Ianya telah berlalu dan saya tidak mampu mengubahnya lagi . Perumpamaannya; kita mampu menggunakan ‘remote control’ seperti ‘rewind-forward-skip’ ketika menonton filem, tetapi kita tidak mampu mengubah jalan ceritanya, segalanya sudah ditentukan. Segala bentuk ujian ini alhamdulillah sanggup dilalui selari dengan firman Allah swt
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” Al-Baqarah [2] : 286
Dalam kesempatan ini , saya ingin memohon maaf atas segala salah silap yang lalu , dan saya minta jika ada saya terhutang dengan siapa-siapa , tolong khabarkan kepada saya . kemungkinan saya telah lupa . Akhir kata , Alhamdulillah beberapa misi hidup telah dicipta untuk menghadapi masa akan tiba . Misi hidup saya adalah untuk menjadi :
[1]. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, iaitu bukan munafik, syirik dan kafir.
[2]. Orang yang beramal soleh serta berakhlak mulia.
[3]. Orang yang menasihati dengan kebenaran dan memberi contoh tauladan yang baik melalui dirinya.
[4]. Orang yang bersabar dan menasihati orang lain supaya bersabar dan tidak putus asa dalam mencari keredhaan Allah yang Maha Agung.
[5]. Orang yang mengembara di seluruh benua dalam jangkaan 10-15 tahun .
Moga saya komited dalam melaksanakan beberapa Misi hidup saya .
Terima Kasih Semua sahabat-sahabat . ( ^ _______ ^ ). Sungguh saya sayang anda semua kerana Allah swt .
No comments:
Post a Comment