Thursday 25 October 2012

PANDANG SISI : " AIDILADHA " IBRAH Yang CUKUP Bermakna buat Insan Bergelar MAHASISWA




Bismillahirrahmannirrahim ...
Selamat Menyambut Aidiladha buat seluruh Umat Islam…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Teman-teman Mahasiswa….
 “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” [Qur’an Surat Ash Shaffat : 102 - 107].
Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu. Umat yang menyembah Tuhan yang satu.

Begitu juga sebagai mahasiswa , Sudah sewajarnya kita melahirkan rasa syukur kita kepada Allah s. w. t. dengan melaksanakan konsep ini, iaitu konsep kesatuan. Kita tidak mampu berpecah-belah sesama sendiri. Tambahan pula , kita adalah cendiakawan yang sedang mekar di Taman  yang bernama Universiti ,  Firman Allah s.w.t . dalam surah Ali-Imran, ayat 103:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ

Bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".

Biarlah aidiladha yang kunjung tiba ini menjadi titik permulaan kita untuk bersatu atas dasar islam yang syumul dan sempurna . Sebagai mahasiswa , kita merupakan asset penting  kepada Negara , sudah tentu alam universiti adalah penentu kita pada masa hadapan. Tambahan pula , kita di universiti pada hari ini sepatutnya datang bukan  untuk bersaing , tapi untuk saling melengkapi. Anak muda penentu masa hadapan Negara , seperti kata Umar al-Khattab “ kalau hendak melihat sesebuah  Negara satu hari nanti , lihatlah anak mudanya pada hari ini ” .


Sebenarnya, Aidil Adha juga membawa bersamanya mesej persamaan dan keadilan sejagat. Agama Islam adalah agama yang tidak memandang pada status seseorang, sama ada kaya atau miskin, cantik atau sebaliknya, pandai atau lemah. terutama dalam Universiti , sudah tentu pelbagai bangsa,rupa paras yang ada , ada yang  pandai dan sedikit lemah , semuanya adalah kepelbagaian yang ditetapkan oleh Allah s.w.t ,agar kita saling melengkapi antara satu sama lain , jangan disebabkan sedikit kelebihan yang ada pada kita , kita bangun membongkakkan diri , mempertikai yang tidak sepatutnya , menghina kawan-kawan kita , padahal Semua manusia adalah sama pada pandangan Allah s. w. t. Hanya takwa sahaja yang membezakan antara seseorang dengan yang lain pada pandangan Allah. Ini telah diingatkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ  أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Bermaksud: "Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal".

Konsep kesamaan ini amat penting  dalam Islam untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat. Ia terlalu penting sehinggakan Rasulullah s. a. w. mengingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada', atau khutbah perpisahan beliau di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Rasulullah bersabda dalam khutbah tersebut yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab. Dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang berkulit putih kemerahan juga tidak ada kelebihan atas orang orang yang berkulit hitam, dan begitu juga sebaliknya, kecuali dengan taqwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa".
Aidiladha satu perayaan yang jelas menunjukkan berlakunya situasi pengorbanan , saban tahun kita akan melihat seluruh masjid berbicara soal pengorbanan Nabi Ibrahim , mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusahabersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelehmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s. Begitu juga kekuatan iman Nabi Ismail a.s. yang sedia menerima perintah sekalipun dirinya sebagai taruhan. Pengorbanan dan kesabaran seperti ini yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa kita sebagai mahasiswa. Tatkala Guru-guru kita berkorban jiwa dan raga , memberi segala yang ada untuk mahasiswa seperti kita , jika hendak dibandingkan dengan kita , sudah tentu jauh bezanya , hari ini atas dasar kesedaran , kita wajib korbankan masa kita, harta, dan segenap yang ada  " all out " kudrat yang kita ada, bertungkus lumus dalam pelajaran ,beretika dalam pergaulan , bersatu atas dasar islam untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang dunia, dan  tidak dilupa ukhrawi kita. ayuh mari kita bersama berganding tenaga agar kita berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran dalam kehidupan sebagai mahasiswa  dalam keadaan kita tidak lupa  melaksanakan segala perintah Allah s.w.t.

Jelasnya setiap ibadah yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kita , semuanya mempunyai hikmah dan ibrah yang sangat jelas . Tidak terkecuali kehidupan di alam mahasiswa . walaupun hanyalah 3 ke 4tahun sahaja , tapi ianya suatu masa yang sangat penting . Peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan umah dalam mahasiswa di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan. perubahan tidak akan berlaku selagi mana kita tidak ingin berubah , anak kunci sentiasa ada pada kita , terpulang pada kita bilakan mahu membuka pintunya . Allahuakbar allahuakbar Walillahilham .

Saturday 20 October 2012

GONCANGKAN PMUKM DENGAN TEMA “Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti ”.



Bismillahiraahmanirahim…
     Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w ..
     Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman Mahasiswa…

Terpanggil untuk membuat kupasan Ucapan dasar Presiden PMUKM 2012/2013 . sungguh ianya bukan mudah untuk melaksanakanya, namun jika bukan kita siapa lagi yang hendak mempedulikannya, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan sekalung ucapan tahniah kepada semua yang terpilih menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi 2012/ 2013, tidak terkecuali ucapan Tahniah saya kepada YBhg Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin kerana dilantik sekali lagi untuk menjadi Naib cancelor UKM.

Pilihanraya kampus yang kian dirasai pemergianya bukanlah tanda mahasiswa sudah menyelesaikan tanngungjawab mereka tetapi sepatutnya menjadi titik mula mahasiswa berpencak di alam realiti untuk memikirkan bersama bagaimana untuk kita berlari di bumi Ukm dalam menjayakan Pelan Transformasi UKM “A plan to propel UKM to be one of the leading research universities in the world by 2018 and consolidating its unique role as a national university in promoting national identity and unity. “.  Sungguh bukan mudah hendak membawa idealisme mahasiswa kearah langit tinggi yang selama ini kita hanya lihat dari celahan-celahan dedaunan  pokok yang berguguran  .

Setelah diteliti dan menkaji ucapan dasar yang dibentangkan oleh Presiden Pmukm beberapa hari lepas , 29 muka surat ucapan dasar panjangnya ,Namun , apa guna muka surat panjang berjela-jela sedangkan mahasiswa gagal memahami dan menghayati dasar yang hendak dibawa . Justeru itu , karangan ini  hanyalah sekelumit ilham yang hadir dalam  otak manusia biasa yang cintakan Universitinya . Mungkin ada seribu-satu rumpai yang tersembunyi dalam lautan yang kita lihat dari permukaan Nampak tiada apa-apa . Mungkin ada perkara penting yang tertinggal Tetapi, cukuplah ianya sebagai kajian individu mahasiwa yang sentiasa memikir masa depan Universitinya.

“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Universiti “. Nama yang sangat Gah bila di lihat sekilas lalu ,Tafsiran kitalah yang boleh menilai sejauh mana ia benar-benar tema yang bergendang dalam fikiran mahasiswa..Dasar intelektual yang ada sepatutnya menyebabkan mahasiswa boleh berfikir matang dalam menggagaskan idealisme mereka, tiada guna Mahasiswa takut akan  Peraturan Auku yang dibina, kerana ia hanyalah peraturan manusia yang sentiasa berubah-ubah dan dipinda demi kebaikan Mahasiswa dan Negara. Persoalan melanggar peraturan Auku harus dicampak sejauhnya oleh mahasiswa. Namun bertindak rasional dan professionallah dalam membangunkan Universiti , Auku adalah "divider highway" yang sentiasa memastikan kereta bergerak dalam landasannya , apa yang telah diputuskan , ikutlah demi kebaikan bersama , dan jika dirasakan tidak releven ambillah pendekatan terbaik dalam menegurnya.

Terkesima dengan idea Falsafah Universiti yang turut digabungkan bersama “Paduan antara Iman kepada Allah dan Ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.” Terkadang terfikir juga , mengapa diambil falsafah , tetapi tidak yang selainnya seperti visi,misi transformasi UKM dan banyak lagi , Namun bila direnung panjang , Ini bukanlah Falsafah biasa , paduan antara mahluk dengan penciptanya yang memberi mereka ilmu untuk mentadbir dunia .

Kemampuan manusia adalah terhad, mereka memerlukan pertolongan Allah termasuk dalam urusan dunia, sistem pendidikan, dan pelajaran yang mengendalikan segala pengajian hendaklah memenuhi prinsip, objektif dan matlamat pendidikan dengan acuannya yang tersendiri, iaitu membangunkan manusia dengan iman, ilmu dan akhlak . Dasar utama falsafah universiti ini harus diteliti oleh segenap lapisan masyarakat UKM sewajarnya. Semoga dengan Roh tema PMUKM kali ini dapat mengaut kembali nostalgia idealisme falsafah yang dibawa oleh nenek moyang  kita. 

1. MENDASARI KEBAJIKAN KE ARAH KEPIMPINAN SEJAHTERA
       Satu misi yang sepatutnya bukan  Indah khabar dari rupa ,hasilnya entah kemana , fantasi yang menggila tapi reality di alam nyata ,dan bukan juga persis kereta lumba yang berderum kuat 2kilometer kedengaran bunyinya  tapi kereta tidak pun muncul-muncul juga. Melalui paksi kebajikan yang digagaskan pada sesi kali ini, Pmukm telah menggariskan 5 agenda utama bagi memenuhi aspirasi kebajikan mahasiwa yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan Maqasid Syariat sepertimana yang dituntut oleh Islam iaitu:
1)            Kebajikan yang memenuhi keperluan asas mahasiswa dengan memperkasakan agenda kehidupan beragama.
2)             Menghormati hak dan anugerah akal,.
3)            Melindungi dan menyanjung tinggi maruah dan keperibadian manusia.
4)             Memelihara dan berlaku adil dalam hal keturunan dan hak asasi.
5)            Melestarikan pengagihan kekayaan dan kemakmuran masyarakat UKM.
Sungguh , 5 agenda utama tidak cukup untuk menampung kehendak 20 000 pelajar UKM pada hari ini . tetapi alam realiti hari ini , menunjukkan saya kira 5 agenda  ini sudah cukup untuk merentasi sempadan kebajikan mahasiswa .

2.PEMBUDAYAAN SUASANA KEILMUAN DAN PEMERKASAAN INTELEKTUAL
    Universiti adalah tempat penjanaan Ilmu , Mengambil butir-butir mutiara kata dari Ibnu Khaldun, syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal sesebuah bangsa dan negara ialah penguasaan ilmu.  3 teras utama adalah utama yang dibawa dalam agenda pembudayaan ilmu ini adalah :
1)                  Menggalakkan kebebasan akademik
2)                  Mewujudkan budaya ilmu pengetahuan
3)                  Menggalakkan penginovasian
Dalam memperjuangkan kebebasan berfikir dan bersuara, kewujudan golongan intelektual mampu mempercepat kemajuan dan kejayaan dan sekali gus menjadi benteng bagi penguatkuasaan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Mengikut Dr Zaini Ujang dalam Berita Harian pada 16 November 2011, ketika berada di kampus, mahasiswa mempunyai ruang dan kesempatan untuk membina idealisme sendiri. Memang sepatutnya semua warga kampus termasuklah mahasiswa perlu berada di hadapan dalam agenda pembangunan intelektualisme ini, bukan hanya menjadi pengikut dari segi pengembangan idea serta pemahaman terhadap persekitaran global dan setempat.

3.PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL
         Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.
PMUKM kali ini akan berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubungan yang sejahtera dalam kalangan masyarakat kampus dengan memfokuskan kepada titik persamaan dan memurnikan perbezaan yang wujud antara kepelbagaian etnik di lembah UKM ini..Pmukm melihat antara mekanisme yang boleh diambil untuk menjayakan dasar ini adalah dengan menggalakkan integrasi yang sihat dan harmoni sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kaum-kaum yang ada dalam kampus. Lontaran idea yang kita terima,yang tinggal bagaimana kita hendak merealisasikannya.
Ibarat air yang mengalir menelusuri anak sungai , pelbagai pendekatan harus diambil oleh Pmukm kali ini , bagi membongkah ketulan ais yang sampai kini saya kira tidak pecah pecah jua akhirnya . sungguh ianya bukan perkara yang mudah , sedangkan satu kaum belum tentu kita mampu wujudkan perpaduan antara mereka sendiri , inikan pula pelbagai etnik yang ada . namun ianya tidak menghalang kita mencari dimana anak kunci yang sebenarnya. Jangan takut untuk mulakan langkah mencari jalan penyelesaian tapi takutlah kerana belum melangkah-langkah  lagi rupanya.  

4.DASAR PENGANTARABANGSAAN KE ARAH KESATUAN GLOBAL.
         Agenda pengantarabangsaan merupakan teras kelima Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara, melalui pelan tindakan tersebut negara kita akan menjadi hab kecemerlangan  pengajian tinggi antarabangsa menjelang tahun 2020.
Juga Merujuk kepada Pelan tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa II (2011-2015) ada menyebut,
Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global (Global Player), dimana keterlibatan negara dalam hal ini tidak terhad kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolabrasi dan memberi khidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.
Persoalan agenda kesatuan global ini akan dilaksanakan bersama persatuan - persatuan mahasiswa nasional dan juga antarabangsa bagi menggalakkan pertukaran maklumat agar pihak PMUKM  mampu mengenal pasti serta menambah baik segala kelemahan di samping dapat membawa nama UKM ke peringkat antarabangsa. Bukan sekadar itu , mahasiswa sepatutunya sudah mampu mengemuka pandangan  berkenaan dasar keselamatan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi sedunia, dan isu-isu sosio-kebudayaan.

5. AGENDA KHAS PMUKM : PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA
      Wujudnya institut, fakulti, program mahupun kursus yang khusus di negara ini untuk melatih guru-guru bagi memenuhi dasar kerajaan pendidikan negara. Soal masa hadapan pelajar Fakulti Pendidikanperlu difikirkan secara lebih serius memandangkan lambakan hampir 10 200 orang graduan yang tamat dari institusi perguruan (IPT dan IPG) (Utusan Online, 14/9/2011). Ini tidak termasuk yang masih meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia: (10/8/2011). Dinyatakan bahawa pengambilan pelajar ke program pendidikan guru IPTA adalah berlandaskan unjuran yang dibuat KPM pada setiap tahun. Maka selayaknya semua guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diberi penempatan dan lebihan guru tidak berbangkit.
Pmukm selaku badan induk mahasiswa yang juga sebahagian dari komuniti masyarakat Malaysia melihat secara serius berhubung dengan isu pendidikan yang perlu di perjuangkan secara kolektif dan ektensif dari sudut perancangan.
Maka wajarlah Pmukm meletakkan isu nasional sebagai agenda khas pada sesi kali ini dalam usaha menambahbaik sistem pendidikan negara melalui medium simposium, konvesyen dan pembentangan kertas kerja lengkap berkaitan Dasar Pembangunan Pendidikan Negara dari sudut mahasiswa.

Kesimpulannya ,

“ MENGKRITIK SAMBIL MENGEMUKA ALTERNATIF ”.

Bertindak bijak dalam mengkritik idea yang telah dibawa , mahasiswa harus terbuka dalam berbeza pandangan , namun menkritik tidak salah , tetapi kritiklah sambil mengmuka idea kita , itulah taraf  dan piawaian mahasiswa yang sebenarnya.

Akhir Kalam , “ Autonomi Mahasiswa merealisasi Falsafah Universiti “.  Ayuh kita mahasiswa berpencak bersama menggalas cabaran gelaran mahasiswa yang ada , menempuh onak duri dalam kancah dunia yang semakin menggila , mematangkan fikiran , berfikir di luar paras biasa , menganjak paradigm mahasiswa dalam merealisasi falsafah Universiti menjayakan visi kita , Ayuh Kita mahasiswa , lupakan soal remeh temeh yang tidak mendatangkan apa-apa hasil , ibarat “ Mengharapkan hasil tangkapan ikan yang banyak , tapi kita masih persoal kenapa Jorannya terlalu panjang dan terkadang ditanya kenapa terlau pendek pula .  hari ini kita bersama barisan-barisan kepimpinan kita PMUKM dalam menjayakan pelan Transformasi UKM yang terjuntai di depan mata .

Megah UKM jadi bualan,
Perbukitan ilmu tersemat di hati,
Autonomi mahasiswa tunjang keadilan,
Pelan Transformasi UKM pastikan terjadi.

Friday 19 October 2012

UKM, A Reflection





The idea for an institution of higher learning for the Malays was first mooted at the 1903 Rulers’ Conference, or Durbar. The Malay intellectual Za’ba, wrote about such a need in the newsletter Lembaga Melayu in 1917. A movement, and subsequent debates, among Malay intellectuals, for the setting up a university using the Malay language as the medium of instruction in the institution of higher learning was formed in 1923 when another Malay thinker Abdul Kadir Adabi, submitted a memorandum on the matter to the HRH the Sultan of Kelantan. Howeverthe effort came to nothing due to many obstacles and resistance from the colonial authorities.

Nevertheless from 1957 until 1967, a resurgence of nationalism revived the idea, and in 1968 Malay scholars formed a steering committee to bring the vision of a national university to reality. A slew of meetings on cultutal and political exchanges eventually secured an agreement from the government of the day. The efforts to realise a Malay language-based institution in all subjects bore fruit and resulted in The National University Of Malaysia (UKM), in May 18 1970, which opened it’s doors in Lembah Pantai Kuala Lumpur.  The first batch of 192 undergraduates and 2 post-graduates registered at 3 faculties; Science, Arts and Islamic Studies.

In 1974 , UKM set up a campus in Kebun Kawang, Papar. Later the place was renamed  Limauan by the then Sabah Chief Minister Tun Datu Mustapha Datu Harun.  The campus housed the Science and Natuiral Resources faculty, which was moved to  Bukit Padang, Kota Kinabalu in 1980. It later relocated to  Menggatal, Tuaran in 1990 along with the faculty of Developmental Science which originally was based in the main campus of Bangi. With the formation of of University malaysia Sabah in 1994, UKM’s Sabah campus was officially closed in 1996 and  the faculties permanently located back tio the main campus in  Bangi, Selangor.

UKM has since seen tremendous growth in being able to provide an increasing number of places of learning for the people as well undertaking research in various disciplines and fields of study. It now has 13 faculties, a Graduate School of Business (GSB-UKM), as well as 16 research institutes of excellence in education.
UKM has also set up  UKM Holdings Sdn. Bhd, operating as a commercial entity to benefit from all the expertise it has while also generating income for the University.

The university’s main campus in Bangi, Selangor Darul Ehsan spans an area of 1,096.29 hectares approximately 35 kilometres from Kuala Lumpur. The campus is situated in a valley surrounded by hills and greenery, providing a serene and conducive environment for learning and knowledge exploration. The faculties and institutes housed in the main campus are the Faculty of Economics and Business, Faculty of Engineering and Built Environment, Faculty of Islamic Studies, Faculty of Science and Technology, Faculty of Social Sciences and Humanities, Faculty of Law, Faculty of Education, Faculty of Technology and Information Sciences, Graduate School of Business (GSB-UKM), Institute of Malay World and Civilisation (ATMA), Institute of Environment and Development (LESTARI), Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), Institute of Occidental Studies (IKON), Institute of Space Science (ANGKASA), Institute of Microengineering and Nanoelectronics (IMEN), Institute of Systems Biology (INBIOSIS), Institute of Solar Research (SERI), Fuel Cell Institute (SEL FUEL), Institute of Islamic Hadhari (HADHARI), Institute of West Asian Studies (IKRAB), Institute of Ethnic Studies (KITA), Institute of South East Asian Disaster Prevention Research UKM (SEADPRI-UKM), Centre of Graduate Management, Centre of General Studies, Students Development Centre and other centres of service. Research UKM (SEADPRI-UKM), Centre of Graduate Management, Centre of General Studies, Students Development Centre and other centres of service.

42 years since it’s inception, UKM has produced 146,362 graduates. The university has since attracted global attention, as seen in the 2,937 students from 42 nations.
UKM was appointed as one of the four research universities of Malaysia in 2006 based on it’s excellent record in research for 40 years. That recognition has gained further ground when the Malaysia Genome Institute (MGI) and the International Institute of Global Health, United Nations University were set up at the university. Its areas of research were further consolidated and enhanced with the identification of eight niche areas; Challenges to Nation Building, Sustainable Territorial Development, Renewable Energy, Health and Medical Technology, Climate Change, Nanotechnology and Advanced Materials, Biological Diversity in Biotechnology Development and ICT: Content Informatics.

UKM is also the recipient of the Prime Minister’s Quality Award 2006, a recognition of its excellent achievements in the academic and management fields. It has also been conferred the status of an Autonomous University in January 2012, while it looks ahead to a Transformation Pelan by 2018 With these strong foundations, UKM aims at not just sustaining but also enhancing its level of excellence via its 2000-2020 (PS2020) Strategic Plan in line with its slogan, ‘Inspiring Hopes, Nurturing The Future’. All these developments has brought about greater confidence among its staff to continue upgrading their capabilities while enhancing their talents in a conducive, healthy and supportive environment as provided by the university.
 (copy from www.ukm.my)