Bismillahiraahmanirahim…
Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman Mahasiswa…
Terpanggil untuk membuat kupasan Ucapan dasar Presiden PMUKM 2012/2013 . sungguh ianya bukan mudah untuk melaksanakanya, namun jika bukan kita siapa lagi yang hendak mempedulikannya, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan sekalung ucapan tahniah kepada semua yang terpilih menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi 2012/ 2013, tidak terkecuali ucapan Tahniah saya kepada YBhg Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin kerana dilantik sekali lagi untuk menjadi Naib cancelor UKM.
Pilihanraya kampus yang kian dirasai pemergianya bukanlah tanda mahasiswa sudah menyelesaikan tanngungjawab mereka tetapi sepatutnya menjadi titik mula mahasiswa berpencak di alam realiti untuk memikirkan bersama bagaimana untuk kita berlari di bumi Ukm dalam menjayakan Pelan Transformasi UKM “A plan to propel UKM to be one of the leading research universities in the world by 2018 and consolidating its unique role as a national university in promoting national identity and unity. “. Sungguh bukan mudah hendak membawa idealisme mahasiswa kearah langit tinggi yang selama ini kita hanya lihat dari celahan-celahan dedaunan pokok yang berguguran .
Setelah diteliti dan menkaji ucapan dasar yang dibentangkan oleh Presiden Pmukm beberapa hari lepas , 29 muka surat ucapan dasar panjangnya ,Namun , apa guna muka surat panjang berjela-jela sedangkan mahasiswa gagal memahami dan menghayati dasar yang hendak dibawa . Justeru itu , karangan ini hanyalah sekelumit ilham yang hadir dalam otak manusia biasa yang cintakan Universitinya . Mungkin ada seribu-satu rumpai yang tersembunyi dalam lautan yang kita lihat dari permukaan Nampak tiada apa-apa . Mungkin ada perkara penting yang tertinggal Tetapi, cukuplah ianya sebagai kajian individu mahasiwa yang sentiasa memikir masa depan Universitinya.
“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Universiti “. Nama yang sangat Gah bila di lihat sekilas lalu ,Tafsiran kitalah yang boleh menilai sejauh mana ia benar-benar tema yang bergendang dalam fikiran mahasiswa..Dasar intelektual yang ada sepatutnya menyebabkan mahasiswa boleh berfikir matang dalam menggagaskan idealisme mereka, tiada guna Mahasiswa takut akan Peraturan Auku yang dibina, kerana ia hanyalah peraturan manusia yang sentiasa berubah-ubah dan dipinda demi kebaikan Mahasiswa dan Negara. Persoalan melanggar peraturan Auku harus dicampak sejauhnya oleh mahasiswa. Namun bertindak rasional dan professionallah dalam membangunkan Universiti , Auku adalah "divider highway" yang sentiasa memastikan kereta bergerak dalam landasannya , apa yang telah diputuskan , ikutlah demi kebaikan bersama , dan jika dirasakan tidak releven ambillah pendekatan terbaik dalam menegurnya.
Terkesima dengan idea Falsafah Universiti yang turut digabungkan bersama “Paduan antara Iman kepada Allah dan Ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.” Terkadang terfikir juga , mengapa diambil falsafah , tetapi tidak yang selainnya seperti visi,misi transformasi UKM dan banyak lagi , Namun bila direnung panjang , Ini bukanlah Falsafah biasa , paduan antara mahluk dengan penciptanya yang memberi mereka ilmu untuk mentadbir dunia .
Kemampuan manusia adalah terhad, mereka memerlukan pertolongan Allah termasuk dalam urusan dunia, sistem pendidikan, dan pelajaran yang mengendalikan segala pengajian hendaklah memenuhi prinsip, objektif dan matlamat pendidikan dengan acuannya yang tersendiri, iaitu membangunkan manusia dengan iman, ilmu dan akhlak . Dasar utama falsafah universiti ini harus diteliti oleh segenap lapisan masyarakat UKM sewajarnya. Semoga dengan Roh tema PMUKM kali ini dapat mengaut kembali nostalgia idealisme falsafah yang dibawa oleh nenek moyang kita.
1. MENDASARI KEBAJIKAN KE ARAH KEPIMPINAN SEJAHTERA
Satu misi yang sepatutnya bukan Indah khabar dari rupa ,hasilnya entah kemana , fantasi yang menggila tapi reality di alam nyata ,dan bukan juga persis kereta lumba yang berderum kuat 2kilometer kedengaran bunyinya tapi kereta tidak pun muncul-muncul juga. Melalui paksi kebajikan yang digagaskan pada sesi kali ini, Pmukm telah menggariskan 5 agenda utama bagi memenuhi aspirasi kebajikan mahasiwa yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan Maqasid Syariat sepertimana yang dituntut oleh Islam iaitu:
1) Kebajikan yang memenuhi keperluan asas mahasiswa dengan memperkasakan agenda kehidupan beragama.
2) Menghormati hak dan anugerah akal,.
3) Melindungi dan menyanjung tinggi maruah dan keperibadian manusia.
4) Memelihara dan berlaku adil dalam hal keturunan dan hak asasi.
5) Melestarikan pengagihan kekayaan dan kemakmuran masyarakat UKM.
Sungguh , 5 agenda utama tidak cukup untuk menampung kehendak 20 000 pelajar UKM pada hari ini . tetapi alam realiti hari ini , menunjukkan saya kira 5 agenda ini sudah cukup untuk merentasi sempadan kebajikan mahasiswa .
2.PEMBUDAYAAN SUASANA KEILMUAN DAN PEMERKASAAN INTELEKTUAL
Universiti adalah tempat penjanaan Ilmu , Mengambil butir-butir mutiara kata dari Ibnu Khaldun, syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal sesebuah bangsa dan negara ialah penguasaan ilmu. 3 teras utama adalah utama yang dibawa dalam agenda pembudayaan ilmu ini adalah :
1) Menggalakkan kebebasan akademik
2) Mewujudkan budaya ilmu pengetahuan
3) Menggalakkan penginovasian
Dalam memperjuangkan kebebasan berfikir dan bersuara, kewujudan golongan intelektual mampu mempercepat kemajuan dan kejayaan dan sekali gus menjadi benteng bagi penguatkuasaan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Mengikut Dr Zaini Ujang dalam Berita Harian pada 16 November 2011, ketika berada di kampus, mahasiswa mempunyai ruang dan kesempatan untuk membina idealisme sendiri. Memang sepatutnya semua warga kampus termasuklah mahasiswa perlu berada di hadapan dalam agenda pembangunan intelektualisme ini, bukan hanya menjadi pengikut dari segi pengembangan idea serta pemahaman terhadap persekitaran global dan setempat.
3.PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.
PMUKM kali ini akan berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubungan yang sejahtera dalam kalangan masyarakat kampus dengan memfokuskan kepada titik persamaan dan memurnikan perbezaan yang wujud antara kepelbagaian etnik di lembah UKM ini..Pmukm melihat antara mekanisme yang boleh diambil untuk menjayakan dasar ini adalah dengan menggalakkan integrasi yang sihat dan harmoni sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kaum-kaum yang ada dalam kampus. Lontaran idea yang kita terima,yang tinggal bagaimana kita hendak merealisasikannya.
Ibarat air yang mengalir menelusuri anak sungai , pelbagai pendekatan harus diambil oleh Pmukm kali ini , bagi membongkah ketulan ais yang sampai kini saya kira tidak pecah pecah jua akhirnya . sungguh ianya bukan perkara yang mudah , sedangkan satu kaum belum tentu kita mampu wujudkan perpaduan antara mereka sendiri , inikan pula pelbagai etnik yang ada . namun ianya tidak menghalang kita mencari dimana anak kunci yang sebenarnya. Jangan takut untuk mulakan langkah mencari jalan penyelesaian tapi takutlah kerana belum melangkah-langkah lagi rupanya.
4.DASAR PENGANTARABANGSAAN KE ARAH KESATUAN GLOBAL.
Agenda pengantarabangsaan merupakan teras kelima Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara, melalui pelan tindakan tersebut negara kita akan menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang tahun 2020.
Juga Merujuk kepada Pelan tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa II (2011-2015) ada menyebut,
Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global (Global Player), dimana keterlibatan negara dalam hal ini tidak terhad kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolabrasi dan memberi khidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.
Persoalan agenda kesatuan global ini akan dilaksanakan bersama persatuan - persatuan mahasiswa nasional dan juga antarabangsa bagi menggalakkan pertukaran maklumat agar pihak PMUKM mampu mengenal pasti serta menambah baik segala kelemahan di samping dapat membawa nama UKM ke peringkat antarabangsa. Bukan sekadar itu , mahasiswa sepatutunya sudah mampu mengemuka pandangan berkenaan dasar keselamatan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi sedunia, dan isu-isu sosio-kebudayaan.
5. AGENDA KHAS PMUKM : PEMBANGUNAN PENDIDIKAN NEGARA
Wujudnya institut, fakulti, program mahupun kursus yang khusus di negara ini untuk melatih guru-guru bagi memenuhi dasar kerajaan pendidikan negara. Soal masa hadapan pelajar Fakulti Pendidikanperlu difikirkan secara lebih serius memandangkan lambakan hampir 10 200 orang graduan yang tamat dari institusi perguruan (IPT dan IPG) (Utusan Online, 14/9/2011). Ini tidak termasuk yang masih meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia: (10/8/2011). Dinyatakan bahawa pengambilan pelajar ke program pendidikan guru IPTA adalah berlandaskan unjuran yang dibuat KPM pada setiap tahun. Maka selayaknya semua guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diberi penempatan dan lebihan guru tidak berbangkit.
Pmukm selaku badan induk mahasiswa yang juga sebahagian dari komuniti masyarakat Malaysia melihat secara serius berhubung dengan isu pendidikan yang perlu di perjuangkan secara kolektif dan ektensif dari sudut perancangan.
Maka wajarlah Pmukm meletakkan isu nasional sebagai agenda khas pada sesi kali ini dalam usaha menambahbaik sistem pendidikan negara melalui medium simposium, konvesyen dan pembentangan kertas kerja lengkap berkaitan Dasar Pembangunan Pendidikan Negara dari sudut mahasiswa.
Kesimpulannya ,
“ MENGKRITIK SAMBIL MENGEMUKA ALTERNATIF ”.
Bertindak bijak dalam mengkritik idea yang telah dibawa , mahasiswa harus terbuka dalam berbeza pandangan , namun menkritik tidak salah , tetapi kritiklah sambil mengmuka idea kita , itulah taraf dan piawaian mahasiswa yang sebenarnya.
Akhir Kalam , “ Autonomi Mahasiswa merealisasi Falsafah Universiti “. Ayuh kita mahasiswa berpencak bersama menggalas cabaran gelaran mahasiswa yang ada , menempuh onak duri dalam kancah dunia yang semakin menggila , mematangkan fikiran , berfikir di luar paras biasa , menganjak paradigm mahasiswa dalam merealisasi falsafah Universiti menjayakan visi kita , Ayuh Kita mahasiswa , lupakan soal remeh temeh yang tidak mendatangkan apa-apa hasil , ibarat “ Mengharapkan hasil tangkapan ikan yang banyak , tapi kita masih persoal kenapa Jorannya terlalu panjang dan terkadang ditanya kenapa terlau pendek pula . hari ini kita bersama barisan-barisan kepimpinan kita PMUKM dalam menjayakan pelan Transformasi UKM yang terjuntai di depan mata .
Megah UKM jadi bualan,
Perbukitan ilmu tersemat di hati,
Autonomi mahasiswa tunjang keadilan,
Pelan Transformasi UKM pastikan terjadi.
No comments:
Post a Comment