Thursday, 25 October 2012

PANDANG SISI : " AIDILADHA " IBRAH Yang CUKUP Bermakna buat Insan Bergelar MAHASISWA




Bismillahirrahmannirrahim ...
Selamat Menyambut Aidiladha buat seluruh Umat Islam…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Teman-teman Mahasiswa….
 “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” [Qur’an Surat Ash Shaffat : 102 - 107].
Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu. Umat yang menyembah Tuhan yang satu.

Begitu juga sebagai mahasiswa , Sudah sewajarnya kita melahirkan rasa syukur kita kepada Allah s. w. t. dengan melaksanakan konsep ini, iaitu konsep kesatuan. Kita tidak mampu berpecah-belah sesama sendiri. Tambahan pula , kita adalah cendiakawan yang sedang mekar di Taman  yang bernama Universiti ,  Firman Allah s.w.t . dalam surah Ali-Imran, ayat 103:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ

Bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".

Biarlah aidiladha yang kunjung tiba ini menjadi titik permulaan kita untuk bersatu atas dasar islam yang syumul dan sempurna . Sebagai mahasiswa , kita merupakan asset penting  kepada Negara , sudah tentu alam universiti adalah penentu kita pada masa hadapan. Tambahan pula , kita di universiti pada hari ini sepatutnya datang bukan  untuk bersaing , tapi untuk saling melengkapi. Anak muda penentu masa hadapan Negara , seperti kata Umar al-Khattab “ kalau hendak melihat sesebuah  Negara satu hari nanti , lihatlah anak mudanya pada hari ini ” .


Sebenarnya, Aidil Adha juga membawa bersamanya mesej persamaan dan keadilan sejagat. Agama Islam adalah agama yang tidak memandang pada status seseorang, sama ada kaya atau miskin, cantik atau sebaliknya, pandai atau lemah. terutama dalam Universiti , sudah tentu pelbagai bangsa,rupa paras yang ada , ada yang  pandai dan sedikit lemah , semuanya adalah kepelbagaian yang ditetapkan oleh Allah s.w.t ,agar kita saling melengkapi antara satu sama lain , jangan disebabkan sedikit kelebihan yang ada pada kita , kita bangun membongkakkan diri , mempertikai yang tidak sepatutnya , menghina kawan-kawan kita , padahal Semua manusia adalah sama pada pandangan Allah s. w. t. Hanya takwa sahaja yang membezakan antara seseorang dengan yang lain pada pandangan Allah. Ini telah diingatkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ  أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Bermaksud: "Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal".

Konsep kesamaan ini amat penting  dalam Islam untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat. Ia terlalu penting sehinggakan Rasulullah s. a. w. mengingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada', atau khutbah perpisahan beliau di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Rasulullah bersabda dalam khutbah tersebut yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab. Dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang berkulit putih kemerahan juga tidak ada kelebihan atas orang orang yang berkulit hitam, dan begitu juga sebaliknya, kecuali dengan taqwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa".
Aidiladha satu perayaan yang jelas menunjukkan berlakunya situasi pengorbanan , saban tahun kita akan melihat seluruh masjid berbicara soal pengorbanan Nabi Ibrahim , mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusahabersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelehmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s. Begitu juga kekuatan iman Nabi Ismail a.s. yang sedia menerima perintah sekalipun dirinya sebagai taruhan. Pengorbanan dan kesabaran seperti ini yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa kita sebagai mahasiswa. Tatkala Guru-guru kita berkorban jiwa dan raga , memberi segala yang ada untuk mahasiswa seperti kita , jika hendak dibandingkan dengan kita , sudah tentu jauh bezanya , hari ini atas dasar kesedaran , kita wajib korbankan masa kita, harta, dan segenap yang ada  " all out " kudrat yang kita ada, bertungkus lumus dalam pelajaran ,beretika dalam pergaulan , bersatu atas dasar islam untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang dunia, dan  tidak dilupa ukhrawi kita. ayuh mari kita bersama berganding tenaga agar kita berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran dalam kehidupan sebagai mahasiswa  dalam keadaan kita tidak lupa  melaksanakan segala perintah Allah s.w.t.

Jelasnya setiap ibadah yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kita , semuanya mempunyai hikmah dan ibrah yang sangat jelas . Tidak terkecuali kehidupan di alam mahasiswa . walaupun hanyalah 3 ke 4tahun sahaja , tapi ianya suatu masa yang sangat penting . Peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan umah dalam mahasiswa di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan. perubahan tidak akan berlaku selagi mana kita tidak ingin berubah , anak kunci sentiasa ada pada kita , terpulang pada kita bilakan mahu membuka pintunya . Allahuakbar allahuakbar Walillahilham .

No comments:

Post a Comment