~ UNIVERSITI DARUSSYIFA ~: 3 jam bersama Tuan Guru Haron DIn , Mengajar Daku Erti HIDUP Di Dunia yang Sebenar .
Times Remaining - 4 days Only ....
Untuk tarikh tutup permohonan Darussyifa Pusat di Bangi , Selangor bagi sesi 2013 (kumpulan ke 25 ) adalah 15 November 2012.. Kuliah secara Live With Tuan Guru Haron Din .
Sekadar perkongsian pengalaman ...
Apa yang boleh saya kongsikan kepada semua teman - teman dan sahabat sahabat adalah pengalaman saya selama hampir setengah tahun belajar di Darussyifa bangi, Selangor. Sungguh, ianya satu pengalaman yang sangat bermakna buat hidup saya, 3jam bersama Tuan Guru ,bermula dengan magrib berjemaah,solat hajat bersama, bacaan yasin , kemudian zikir secara bersama dengan Tuan Guru Sendiri , Allahurabbi nikmat Islam itu meresap masuk kedalam jiwa , terasa seperti Hidup ini sangat tenang Memuji Yang Maha Esa. Hilang segala masalah yang melanda. Kemudian, Ditambah lagi, dengan kuliah pengajian oleh Tuan Guru Haron Din sendiri selama satu jam setengah . Subhanallah, Anda akan merasai mutiara ilmu yang terbit dari mulutnya , kata-kata yang penuh makna , penerangan yang sangat menyeluruh , memahami makna kehidupan di Dunia. Mutiara Ilmu perubatan dan Ilmu mengenai Islam yang sangat banyak dan bermanfaat buat semua . Kutiplah Ilmu daripadanya.
Ilmu itu Pusaka yang sangat banyak.
" Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya malaikat itu akan meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu kerana mensyukuri apa yang dilakukannya. Bahawasanya orang-orang yang berilmu pengetahuan adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewarisi dirham atau dinar tetapi diwariskannya adalah ilmu. Oleh itu, barangsiapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu), ia telah menperoleh bahagian pusaka yang sangat banyak". (H.R. Abu Daud dan al-Turmudhi).
Terngiang-ngiang lagi dalam ingatan saya , kata beliau " kalau Allah s.w.t tidak bagi penyakit dan sakit kepada manusia , siapa lagi dia nak uji , kalau dia bagi sakit kepada pokok sebagai contoh , adakah manusia akan mengingatiNya bila pokok itu sakit, nescaya Manusia tidak akan rasa apa-apa ,bila kena sakit pada haiwan pun kita hanya sedih sekejap saja , tapi tak terkesan pada hati kita , Akan tetapi bila sakit itu pada mak ayah,kawan-kawan , ahli keluarga , barulah kita rasa bahawa kita ini sangat Lemah, Kita minta Dia Sembuhkan penyakit yang datang melanda, sungguh Dialah Yang Maha Penyembuh. Dia bagi manusia Sakit sebab nak mengingatkan kepada seluruh manusia yang sihat di dunia , mereka Hanyalah manusia yang Hina ,Dia nak kita kembali kepadaNya. sebab itulah dia Menguji Kita,. "-Tuan Guru haron Din.
Banyak lagi yang saya ingin berkongsi , tetapi bagaimana saya hendak menulis perkara besar dalam ruang yang sangat sempit ini, saya hanya berkongsi situasi , bagaimana mungkin saya nak gambarkan realiti sedangkan ianya satu nikmat yang tidak mampu saya luahkan . cukuplah sekadar sekilas pandang.
Tulisan ringkas saya hanyalah bersifat peribadi, perkongsian pengalaman sendiri , manakan tahu, sahabat-sahabat terasa dan terbuka hati ingin juga mengikut langkah berguru dengan beliau, sementara Allah s.w.t masih anugerahkan beliau kepada kita, saya tidak jumpa lagi seorang Ulamak, Tuan Guru, Seorang Pakar perubatan Islam dan manusia yang mampu berkongsi ilmu yang sangat bermakna selain dari beliau , mungkin kerana saya tidak kenal ramai ulamak lain , atau mungkin tidak banyak berguru. Apa pun, saya pulangkan kepada seluruh teman-teman saya untuk menilainya , sementara borang permohonan masih dibuka.
kalau terlambat ,Jangan khuatir, InsyAllah ada lagi pengambilan seterusnya tahun hadapan sesi 2014,cuma ajal Ini Tuhan yang tahu , sementara Tuan Guru Haron Din Allah swt masih kurniakan beliau kepada kita , kutiplah ilmu darinya, Insyallah sangat bermanfaat buat teman-teman semua. Buat yang dekat dengan bandar Bangi, Selangor . sungguh bandar yang anda sedang singgah ini , penuh mutiara Ilmu , Kutiplah sebanyak-banyakNya. Wallahuaklam ..sekadar perkongsian buat semua .. ( ^ ___ ^ ) .senyum.
http://www.darussyifa.org/
No comments:
Post a Comment