Saturday, 16 March 2013

Ulang tahun Kelahiran ke-23 Tahun .. ( ^ __ ^ )





Ulang tahun Kelahiran ke-23 Tahun .. ( ^ __ ^ )



Assalamualaikum wbt ..

Jutaan terima kasih kepada seluruh sahabat-sahabat  atas Ucapan “ Hari Lahir “ yang kunjung tiba . Hebatnya manusia dia mampu menahan gunung daripada runtuh, dia mampu menahan objek paling laju  di dunia, dia mampu menahan diri  dari panasnya matahari, akan  tetapi manusia tidak akan mampu menahan masa itu berlalu walaupun seminit mahupun sedetik  . Saya juga tidak mampu menyekat umur saya yang meningkat  dek kerana berlalunya masa . Hebat bukan ? kuasa Allah swt Yang Maha kuasa   menciptakan kita terikat dengan masa yang ditentukanNya.

Pejam celik sudah 23 tahun  saya berada  di dunia ini, pelbagai mehnah tribulasi telah dilalui. Ada kalanya kecewa, sedih, gembira , marah, tenang, kelam kabut  dan pelbagai lagi ragam dalam hidup ini telah ditempuhi . Bahkan  pelbagai pengalaman telah jua telah dilalui, semuanya hanyalah tarbiah dari Allah swt untuk mematangkan diri selaku hambaNya . Ianya  telah berlalu dan saya tidak mampu mengubahnya lagi . Perumpamaannya; kita mampu menggunakan ‘remote control’ seperti ‘rewind-forward-skip’ ketika menonton filem, tetapi kita tidak mampu mengubah jalan ceritanya, segalanya sudah ditentukan.  Segala bentuk ujian ini alhamdulillah sanggup dilalui selari dengan firman Allah swt

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” Al-Baqarah [2] : 286

Dalam kesempatan ini , saya ingin memohon maaf atas segala salah silap yang lalu , dan saya minta jika ada saya terhutang dengan siapa-siapa , tolong khabarkan kepada saya  . kemungkinan saya telah  lupa . Akhir kata ,  Alhamdulillah beberapa misi  hidup  telah dicipta untuk menghadapi masa akan tiba .  Misi  hidup saya adalah untuk menjadi :

 [1]. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, iaitu bukan munafik, syirik dan kafir.

[2]. Orang yang beramal soleh serta berakhlak mulia.

[3]. Orang yang menasihati dengan kebenaran dan memberi contoh tauladan yang baik melalui dirinya.

[4]. Orang yang bersabar dan menasihati orang lain supaya bersabar dan tidak putus asa dalam mencari keredhaan Allah yang Maha Agung.

 [5]. Orang yang mengembara di seluruh benua dalam jangkaan  10-15 tahun .

Moga saya komited dalam melaksanakan beberapa Misi hidup saya .
Terima Kasih Semua sahabat-sahabat  .  ( ^ _______ ^ ). Sungguh saya sayang anda semua kerana Allah  swt .

Thursday, 21 February 2013

PMUKM bertukar MPP UKM ?????





Salam...



Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah ditubuhkan pada tahun 1970  dan telah 43 tahun sebati di UKM ini. Tiba-tiba hari ini dikhabarkan PMUKM tiada dalam perlembagaan. Mereka yang tidak bertanggungjawab menukar nama PMUKM kpd MPP UKM, lantas mereka mencabut papan nama PMUKM yang sudah berpuluh tahun di pejabat PMUKM , dan juga tanpa segan silu mengoyakkan "sticker logo PMUKM di pintu masuk PMUKM . Apa natijahnya apabila nama PMUKM ditukar kepada MPP ?


Menghilangkan keizzahan  PMUKM .

1) Kita ambil contoh , Hal Ehwal Pelajar , semua mahasiswa sedia maklum peranan dan nama HEP yang bertanggungjawab atas sebarang urusan dan permasalahan pelajar . Jika ditukar kepada Jawankuasa Kebajikan Pelajar ( JKP ), tidakkah kita merasai kekurangan dan kejanggalan serta menghilangkan  “keizzahan” nama yang sekian lama sebati dengan pelajar . Sama juga dengan PMUKM yang sudah sebati dengan semua mahasiswa , mereka merupakan Badan Induk persatuan pelajar, secara tiba-tiba diubah menjadi Majlis Perwakilan Pelajar , MPP UKM . Nama yang mengurangkan keizzahan PMUKM .


Strategi terkutuk pihak tertentu .

2) " Rebranding "  Nama Jaksa ( Jawatankuasa Kebajikan Pelajar )  yang ditukar kepada nama MEP  (Majlis Eksekutif Pelajar ) , dan penukaran PMUKM kepada MPP , saya kira ini adalah strategi pihak tertentu untuk meratakan "overview" pelajar kepada kedua-dua badan pelajar ini . Strategi terkutuk pihak-pihak tertentu untuk merendahkan taraf PMUKM selaku badan Persatuan Utama pelajar . Dengan penubuhan MEP menggantikan JAKSA sudah tentu mengizzahkan nama Jaksa di kolej berbanding di persatuan Induk dan persatuan di fakulti . Bukan saya merendahkan kemampuan Jaksa , Ini Cuma perbandingan dan strategi pihak tertentu bagi merendahkan kuasa PMUKM sesi kali ini .


Hilangnya sebuah legacy.

3) Kesinambungan "Legacy" PMUKM yang terhapus mulai tahun ini , sungguh sangat merugikan dan mengecewakan di peringkat pelajar apabila legacy kepimpinan PMUKM sudah terhenti . Tahun ini PMUKM legacy yang ke 43 , sekian lama PMUKM dengan pelbagai mehnah dan tribulasi berhempas pulas membawa nama PMUKM di persada tanah air , hari ini dinafikan dan diberi nama yang lain pula tanpa disokong oleh barisan PMUKM sendiri , malah nama Presiden PMUKM juga sudah ditarik sedangkan diperingkat PMUKM mereka masih berpegang pada istilah Presiden . Dan  memang selayaknya  badan induk pelajar, ketuanya diberi gelaran Presiden pelajar . Selain itu , Kesinambungan Presiden juga akan terhenti. Jika ingin mengubahnya sekalipun , sudah tentu dengan keizinan PMUKM sendiri , Mahasiswa bukan budak sekolah rendah , mereka mampu berhujjah jika mereka mempertahankan sesuatu . Entah apa motif pihak pentadbiran memperlakukan sebegini rupa kepada pimpinan pelajar. 


Mengurangkan Pengaruh GMUKM.

4) Menghilangkan "supporters " GMUKM yang menang PRK pada tahun lepas , apabila penukaran nama kepimpinan pelajar PMUKM yang mereka support secara drastik dan mengejut dari PMUKM kepada  MPP, menyebabkan dokongan dan sokongan  kepimpinan pelajar oleh penyokong  GMUKM hilang sedikit demi sedikit.,  Kebanyakan mahasiswa yang menyokong GMUKM , mereka berpegang kepada PMUKM yang dimenangi GMUKM sesi kali ini , lantas apabila ditukar  PMUKM kepada  MPP berkemungkinan akan menatijahkan kemerosotan sokongan mereka kepada PMUKM .


Menimbulkan kecelaruan dikalangan pelajar .

5) Selain itu , Nama PMUKM yang sudah sebati dengan pelajar , apabila ditukar secara drastik oleh pentadbiran tanpa kesedaran oleh mahasiwa sendiri akan menimbulkan kecelaruan di peringkat mahasiswa . Manakan tidaknya, di peringkat MPP pun menimbulkan kecelaruan antara MPP sendiri ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tidak setuju atas penukaran nama PMUKM ini, Inikan pula mahasiswa biasa . Selain itu , kebiasaan mahasiswa tidak memikirkan perkara yang menimbulkan kecelaruan kepada mereka , lantas apabila hal penukaran PMUKM kepada MPP ini gagal diterjemahkan akan menimbulkan risiko besar mahasiswa sudah tidak peduli akan kepimpinan PMUKM. Selain itu juga , apabila perwakilan pelajar bergaduh soal nama, sedangkan yang patut diperbahaskan adalah apa sumbangan mereka kepada pelajar.Mahasiswa akan mula muak dengan PMUKM.


Strategi Menghilangkan Fokus PMUKM 

6) Pandangan terakhir saya, peralihan nama ini bertujuan mengalihkan Fokus PMUKM untuk melaksanakan tanggungjawab mereka selaku pimpinan pelajar. Mana tidaknya apabila barisan kepimpinan sibuk untuk mempertahankan nama PMUKM, sedangkan pentadbiran UKM ingin mengubahnya , menatijahkan sesi pemerintahan mereka berlalu dengan sia-sia. Mereka akan menghabiskan masa dengan isu ini , dan ini akan menguntungkan pihak tertentu untuk berkempen pada PRK akan datang bahawa PMUKM sesi kali ini tidak buat apa-apa untuk pelajar UKM .


Cukup sekadar itu , pandangan pertama saya terhadap peralihan nama oleh pentadbiran UKM  dari PMUKM kepada MPP UKM. Saya kira soal nama , adalah perkara yang sangat penting, kalau kita lihat satu kisah teka-teki dalam salah satu cerita P.Ramlee, nama Hang Tuah yang sangat gah , bila ditukar menjadi hang buah , lantas menatijahkan kejatuhan keizzahan Hang Tuah. Begitu juga dengan nama sesebuah persatuan pelajar , adalah  sangat penting bagi mereka untuk memilih nama terhebat yang mampu diberikan , dan sangat sedih di peringkat saya apabila nama kepimpinan saya diubah sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Wallahualam .. sekadar pandangan.

Sunday, 25 November 2012

BEKERJA FULL-TIME PERJUANGAN INI




Salam ..

Sangat hairan akan segelintir ahli Gerakan Islam yang cintakan perjuangan Islam ,mereka nekad untuk membawa agama islam memacu dunia pada hari ini , mereka seolah-olah sedang dalam igaun diri sendiri , melaksanakan kerja-kerja islam dalam realiti retorika mukabuku umpama petir dan guruh yang berdentum kuat menggegar negeri , tetapi apabila dibuka jendela pintu rumah , rupa-rupanya mereka
 hanyalah mercun yang dicucuh tak menjadi .

Kerja Islam Bukan Part-Time wahai sahabatku .

Melaksanakan kerja-kerja gerakan mengikut mood dalam diri , umpama pekerja Part-time yang hanya kerja untuk mendapatkan gaji , sangat malang mereka ini yang perilaku perwatakan nya sebegini . Apabila datang " spiritual dalam diri " mereka bagaikan Singa kelaparan yang mengejar mangsa dengan pantas sekali, sangat laju gerak-kerja mereka , tetapi apabila diuji dengan ujian , lalu lemahlah diri ,mereka membiarkan sahaja amanah mereka diratah dengan enak sekali oleh sang durjana "syaitan " yang memujuk hatinya untuk mementingkan diri sendiri.

Bangkit Duhai anak muda.

Dunia hari ini sangat-sangat memerlukan kelajuan dan kepintaran dalam gerakan , jangan mudah mengeluh akan sedikit ujian yang datang dalam diri , tanganinya dengan meluahkan pada Ilahi , KepunyaanNya segala yang ada di langit dan dibumi . Terkesan dengan kata-kata " When Allah is your friend ,who is your Enemy ". Andai dalam diri kita adanya keyakinan dan kebergantungan yang tinggi padanya , mengapa takut untuk berjuang dan berbakti .
" Jika kamu membantu agama Allah , Nescaya dia akan membantu kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu ".Muhammad:7

Berubahlah wahai sahabat-sahabatku , Laksanakan Amanah Ini dengan penuh keyakinan di hati , sebaik yang mungkin dan tidak lagi melaksanakan mengikut "mood " dalam diri . Perbanyakkan berdoa kepada agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan Ini , Kemenangan hampir tiba, Yakinlah dengan janji Ilahi . Buat diri dan teman-teman . sekadar Muhasabah bersama.

Wednesday, 14 November 2012

MAAL HIJRAH : " What you get is what you see "















Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda.


  Assalamualaikum w.b.t ....

  Salam Maal Hijrah buat seluruh mahasiswa dan rakan - rakan ...

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]



  Sungguh, masa itu sangat pantas berlalu, satu tahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, satu minggu bagaikan sehari ,satu hari pula bagaikan sekejap sahaja  masanya . Seperti baru berlalu awal muharam  yang lepas 1433 H , pejam celik tidur bangun ,kini muncul Awal Muharam 1434 H.  Allahurabbi , "masa itu bagaikan pedang , jika kamu tidak mencantasnya , nescaya dia akan mencantas kamu".


  Kemana kita hendak bawa Tema  Maal Hijrah kali ini , kata Allah s.w.t "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11' . Samuel Smiles mengawalinya dengan gagasan atau pikiran. Tanamlah gagasan, petiklah tindakan. Tanamlah tindakan, petiklah kebiasaan. Tanamlah kebiasaan, petiklah watak. Tanamlah watak, petiklah nasib. Dimulai dari gagasan yang diwujudkan dalam tindakan, kemudian tindakan yang dilakukan berulang-ulang akan menjadi suatu kebiasaan. Kebiasaan yang dilakukan berkali-kali akan menjelma menjadi watak, dan watak inilah yang akhirnya mengantarkan kita kepada nasib. Jadi nasib kita, kita sendirilah yang menentukan. Nasib kita ada di tangan kita.

   
    Apa yang sudah berlalu biarkan ianya pergi seperti air yang mengalir , tapi harus kita ingat, air yang datang hari ini mesti dicorakkan sebaik yang mungkin, Masa yang pergi cukuplah dengan penyesalan yang teramat sangat,  kini Awal muharam datang lagi, ayuh kita corakkan masa hadapan kita mengikut "blueprint " yang sebenarnya , sabda Nabi " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan tersesat selagi mana kamu berpegang kepadanya iaitu Al-quran dan sunnahku"  . Muhasabah , sejauh mana kita mengikut islam yang sebenarnya . Al-quran yang kita guna sekadar  apa yang perlu, sunnah yang kita ikut dan buat asalkan ianya mendatangkan hasil kepada kita. Islam yang hanya pada nama   dan banyak lagi kesilapan-kesilapan lalu yang mewajibkan  kita untuk lakukan Transformasi sebaiknya.  kita wajar mencatur masa kita , kitalah raja yang mencorak diri kita yang sebenarnya .

    Justeru itu , saya mengajak teman-teman semua untuk kita lakukan sesuatu sempena dengan Maal Hijrah yang datang pada hari ini  , "apa yang perlu kita ubah" , "apa yang kita perlu baiki" dan "apa pula yang perlu kita tinggalkan"  serta  "apakah  yang perlu kita bina dan kita wujudkan" . Semuanya bergantung kepada kita, kitalah penukulnyanya, Nah saya campakkan kunci kepada anda , anda bukalah pintunya , buka dan melangkahlah dengan tulus ikhlas dijiwa , " What you get is what you see " , sejauh mana kita melihat  Hijrah yang datang pada hari ini ,  bergantung kepada bagaimana kita menilai dan menghargai hijrah yang sebenarNya . Waallahuaklam , sekadar perkongsian.Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1434H. " Let's Change The Era ".









Saturday, 10 November 2012

UNIVERSITI DARUSSYIFA


~ UNIVERSITI DARUSSYIFA ~: 3 jam bersama Tuan Guru Haron DIn , Mengajar Daku Erti HIDUP Di Dunia yang Sebenar .




Times Remaining - 4 days Only ....

Untuk tarikh tutup permohonan Darussyifa Pusat di Bangi , Selangor bagi sesi 2013 (kumpulan ke 25 ) adalah 15 November 2012.. Kuliah secara Live With Tuan Guru Haron Din .

Sekadar perkongsian pengalaman ...

     Apa yang boleh saya kongsikan kepada semua teman - teman dan sahabat sahabat adalah pengalaman saya selama hampir setengah tahun belajar di Darussyifa bangi, Selangor. Sungguh, ianya satu pengalaman yang sangat bermakna buat hidup saya, 3jam bersama Tuan Guru ,bermula dengan magrib berjemaah,solat hajat bersama, bacaan yasin , kemudian zikir secara bersama dengan Tuan Guru Sendiri , Allahurabbi nikmat Islam itu meresap masuk kedalam jiwa , terasa seperti Hidup ini sangat tenang Memuji Yang Maha Esa. Hilang segala masalah yang melanda. Kemudian, Ditambah lagi, dengan kuliah pengajian oleh Tuan Guru Haron Din sendiri selama satu jam setengah . Subhanallah, Anda akan merasai mutiara ilmu yang terbit dari mulutnya , kata-kata yang penuh makna , penerangan yang sangat menyeluruh , memahami makna kehidupan di Dunia. Mutiara Ilmu perubatan dan  Ilmu mengenai Islam  yang sangat banyak dan bermanfaat buat semua . Kutiplah Ilmu daripadanya.

  Ilmu itu Pusaka yang sangat banyak.

" Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya malaikat itu akan meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu kerana mensyukuri apa yang dilakukannya. Bahawasanya orang-orang yang berilmu pengetahuan adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewarisi dirham atau dinar tetapi diwariskannya adalah ilmu. Oleh itu, barangsiapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu), ia telah menperoleh bahagian pusaka yang sangat banyak". (H.R. Abu Daud dan al-Turmudhi).


Terngiang-ngiang lagi dalam ingatan saya , kata beliau " kalau Allah s.w.t tidak bagi penyakit dan sakit kepada manusia , siapa lagi dia nak uji , kalau dia bagi sakit kepada pokok sebagai contoh , adakah manusia akan mengingatiNya bila pokok itu sakit, nescaya Manusia tidak akan rasa apa-apa ,bila kena sakit pada haiwan pun kita hanya sedih sekejap saja , tapi tak terkesan pada hati kita , Akan tetapi bila sakit itu pada mak ayah,kawan-kawan , ahli keluarga , barulah kita rasa bahawa kita ini sangat Lemah, Kita minta Dia Sembuhkan penyakit yang datang melanda, sungguh  Dialah Yang Maha Penyembuh. Dia bagi manusia Sakit sebab nak mengingatkan kepada seluruh manusia yang sihat di dunia , mereka Hanyalah manusia yang Hina ,Dia nak kita kembali kepadaNya. sebab itulah dia Menguji Kita,. "-Tuan Guru haron Din.

Banyak lagi yang saya ingin berkongsi , tetapi bagaimana saya hendak  menulis perkara besar dalam ruang yang sangat sempit ini, saya hanya berkongsi situasi , bagaimana mungkin saya nak gambarkan realiti sedangkan ianya satu nikmat yang tidak mampu saya luahkan . cukuplah sekadar sekilas pandang.

Tulisan ringkas saya hanyalah bersifat peribadi, perkongsian pengalaman sendiri , manakan tahu, sahabat-sahabat terasa dan terbuka hati ingin juga mengikut langkah berguru dengan beliau, sementara Allah s.w.t masih anugerahkan beliau kepada kita, saya tidak jumpa lagi seorang Ulamak, Tuan Guru, Seorang  Pakar perubatan Islam dan  manusia yang mampu berkongsi ilmu yang sangat bermakna selain dari beliau , mungkin kerana saya tidak kenal ramai ulamak lain , atau mungkin tidak banyak berguru. Apa pun, saya pulangkan kepada seluruh teman-teman saya untuk menilainya , sementara borang permohonan masih dibuka.

kalau terlambat ,Jangan khuatir, InsyAllah ada lagi pengambilan seterusnya tahun hadapan sesi 2014,cuma ajal Ini Tuhan yang tahu , sementara Tuan Guru Haron Din Allah swt masih kurniakan beliau kepada kita , kutiplah ilmu darinya, Insyallah sangat bermanfaat buat teman-teman semua. Buat yang dekat dengan bandar Bangi, Selangor . sungguh bandar yang anda sedang singgah ini , penuh mutiara Ilmu , Kutiplah sebanyak-banyakNya.  Wallahuaklam ..sekadar perkongsian buat semua ..     ( ^ ___ ^ ) .senyum.

http://www.darussyifa.org/
 


Tuesday, 6 November 2012

" CHANGE THE ERA ''

                                                                   


Salam Kasih Sayang kepada semua ...

Puas saya mencari tafsiran apa itu "Mencabar Potensi Diri " dan berfikir di luar kotak , Sering kali kita mendengar "Teori Iceberg", " Red umbrella" ,. dan banyak lagi teori yang saya tidak tahu. Jika bab kepimpinan pula ramai orang merujuk kepada teori "Blue Ocean Startegy " sebagai contoh..  Apapun banyak tafsiran yang kita dapat.

Islam Pada era Hari Ini , 


Sangat memerlukan Jiwa-jiwa Anak Muda yang luar biasa , Tidak dapat digambarkan hebatNya pemiikiran mereka , sentiasa dambakan perubahan andai ianya boleh diperbaiki. sentiasa melawan kelaziman abang-abang ,kakak-kakak, dan warisan Kita andai ianya tidak relevan lagi. kalau kita masih lagi perwatakan seperti biasa,program yang dilakukan masih ikut "style" yang lama, Maka . sudah tentu belum pun start promosi Program , kita dah tahu hasilNya Apa.

Maka Pada Hari Ini , Saya mengajak kepada seluruh sahabat2 saya agar kita mencari sesuatu yang sangat berharga dalam diri kita, Kita cungkil sehabisNya , Kita kukuhkan kekuatan pada diri ,kita cabut kelemahan dan lempar sejauhNya , Kita buang segala yang tidak patut ada , dan Kita bina kembali potensi diri kita.


Kalau kita ambil Contoh, Menangnya Sultan Al Fatih selain pertolongan Allah s.w.t. , dalam peperangan disebabkan Sultan Al-Fateh Melawan kelaziman nenek moyangNya , berfikir di luar kotak, Layarkan kapal di daratan , dan akhirnya Islam menang Menawan Konstantinopel.


kesimpulan , saya menyeru pada anak muda yang cintakan perjuangan Islam , kita bermuhasabah pada hari ini , Islam yang sangat sempurna ,flexsible,syumul dan banyak lagi yang kita patut hamparkan pada Ummah pada hari ini , memerlukan komitmen dan Jiwa Besar seperti sultan Al-Fateh , Kita perlu melakukan Transformasi dengan melakukan Sesuatu Yang tidak dijangka akal fikiran manusia ,Luar Biasa IdeaNya , Sangat Memukau Sesiapa yang mendengarNya , Kalau Itu yang Kita boleh Lakukan , InsyAllah tidak mustahil islam akan kembali Gemilang seperti GemilangNya Islam Di Era Sultan Al-Fateh.. Allahuakbar, Allahuakbar Allahuakbar.. sekadar Renungan Bersama ..

Thursday, 25 October 2012

PANDANG SISI : " AIDILADHA " IBRAH Yang CUKUP Bermakna buat Insan Bergelar MAHASISWA




Bismillahirrahmannirrahim ...
Selamat Menyambut Aidiladha buat seluruh Umat Islam…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Teman-teman Mahasiswa….
 “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” [Qur’an Surat Ash Shaffat : 102 - 107].
Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu. Umat yang menyembah Tuhan yang satu.

Begitu juga sebagai mahasiswa , Sudah sewajarnya kita melahirkan rasa syukur kita kepada Allah s. w. t. dengan melaksanakan konsep ini, iaitu konsep kesatuan. Kita tidak mampu berpecah-belah sesama sendiri. Tambahan pula , kita adalah cendiakawan yang sedang mekar di Taman  yang bernama Universiti ,  Firman Allah s.w.t . dalam surah Ali-Imran, ayat 103:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ

Bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".

Biarlah aidiladha yang kunjung tiba ini menjadi titik permulaan kita untuk bersatu atas dasar islam yang syumul dan sempurna . Sebagai mahasiswa , kita merupakan asset penting  kepada Negara , sudah tentu alam universiti adalah penentu kita pada masa hadapan. Tambahan pula , kita di universiti pada hari ini sepatutnya datang bukan  untuk bersaing , tapi untuk saling melengkapi. Anak muda penentu masa hadapan Negara , seperti kata Umar al-Khattab “ kalau hendak melihat sesebuah  Negara satu hari nanti , lihatlah anak mudanya pada hari ini ” .


Sebenarnya, Aidil Adha juga membawa bersamanya mesej persamaan dan keadilan sejagat. Agama Islam adalah agama yang tidak memandang pada status seseorang, sama ada kaya atau miskin, cantik atau sebaliknya, pandai atau lemah. terutama dalam Universiti , sudah tentu pelbagai bangsa,rupa paras yang ada , ada yang  pandai dan sedikit lemah , semuanya adalah kepelbagaian yang ditetapkan oleh Allah s.w.t ,agar kita saling melengkapi antara satu sama lain , jangan disebabkan sedikit kelebihan yang ada pada kita , kita bangun membongkakkan diri , mempertikai yang tidak sepatutnya , menghina kawan-kawan kita , padahal Semua manusia adalah sama pada pandangan Allah s. w. t. Hanya takwa sahaja yang membezakan antara seseorang dengan yang lain pada pandangan Allah. Ini telah diingatkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ  أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Bermaksud: "Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal".

Konsep kesamaan ini amat penting  dalam Islam untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat. Ia terlalu penting sehinggakan Rasulullah s. a. w. mengingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada', atau khutbah perpisahan beliau di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Rasulullah bersabda dalam khutbah tersebut yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab. Dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang berkulit putih kemerahan juga tidak ada kelebihan atas orang orang yang berkulit hitam, dan begitu juga sebaliknya, kecuali dengan taqwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa".
Aidiladha satu perayaan yang jelas menunjukkan berlakunya situasi pengorbanan , saban tahun kita akan melihat seluruh masjid berbicara soal pengorbanan Nabi Ibrahim , mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusahabersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelehmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s. Begitu juga kekuatan iman Nabi Ismail a.s. yang sedia menerima perintah sekalipun dirinya sebagai taruhan. Pengorbanan dan kesabaran seperti ini yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa kita sebagai mahasiswa. Tatkala Guru-guru kita berkorban jiwa dan raga , memberi segala yang ada untuk mahasiswa seperti kita , jika hendak dibandingkan dengan kita , sudah tentu jauh bezanya , hari ini atas dasar kesedaran , kita wajib korbankan masa kita, harta, dan segenap yang ada  " all out " kudrat yang kita ada, bertungkus lumus dalam pelajaran ,beretika dalam pergaulan , bersatu atas dasar islam untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang dunia, dan  tidak dilupa ukhrawi kita. ayuh mari kita bersama berganding tenaga agar kita berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran dalam kehidupan sebagai mahasiswa  dalam keadaan kita tidak lupa  melaksanakan segala perintah Allah s.w.t.

Jelasnya setiap ibadah yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kita , semuanya mempunyai hikmah dan ibrah yang sangat jelas . Tidak terkecuali kehidupan di alam mahasiswa . walaupun hanyalah 3 ke 4tahun sahaja , tapi ianya suatu masa yang sangat penting . Peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan umah dalam mahasiswa di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan. perubahan tidak akan berlaku selagi mana kita tidak ingin berubah , anak kunci sentiasa ada pada kita , terpulang pada kita bilakan mahu membuka pintunya . Allahuakbar allahuakbar Walillahilham .